Timbalan Mufti akan hadiri Seminar Pendidikan Fatwa Serantau



Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Mufti Kerajaan

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Jun. - Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, telah bertolak ke Johor, Malaysia hari ini bagi menyertai dan membentang kertas kerja di Seminar Pendidikan Fatwa Serantau anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Turut menyertai ke seminar berkenaan, Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Awang Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud; dan Pegawai Istinbat, JMK, Awang Abdul Hafiy bin Yahya.


Yang Mulia Timbalan Mufti Kerajaan akan membentang kertas kerja yang bertajuk 'Pegangan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah di Alam Nusantara : Pengalaman Negara Brunei Darussalam' pada seminar yang dijadualkan berlangsung pada 16 Jun 2025 nanti.


Seminar Pendidikan Fatwa berkenaan merupakan program siri tahunan JAKIM yang dianjurkan bersama Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia.


Close